Translate

Jumaat, 20 Disember 2013

SUMBER MAKANAN SEMULAJADI PENAMBAH SUSU BADAN

Salam ukhuwah


Di samping mengaplikasikan teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, kita mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati.  Saya senaraikan 7 makanan semulajadi yang boleh kita amalkan untuk menambah pengeluaran susu badan.

Barli


 










Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu.  Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, susu kacang soya adalah minuman terbaik yang banyak membantu kita menambah susu badan.  Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana ia sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet.  Jika tidak berkesempatan membuat air soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Betik muda











Kebanyakan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda.  Amalan ini baik kerana ia sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu badan.  Biasanya betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba



Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari.  Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup.  Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari.  Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya.  Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Jintan

 

Orang Melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubatan.  Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu.  Untuk memperoleh kebaikannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan hidangan makanan seharian.

Oat


Bijiran ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah.  Selain daripada itu, ia juga boleh menambah susu badan.  Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera.  Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak



Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu.  Tidak kira sama ada lobak putih mahupun lobak merah.  Walau bagaimanapun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susus ibu.  Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

sumber:  majalah Pa&Ma

Tiada ulasan: