Translate

Selasa, 31 Disember 2013

OSTEMATRIX SHAKLEE ~~PENYAH SEMBELIT SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Syukur dipanjangkan usia lagi pada hari ni.  Dapat solat subuh, solat dhuha, melihat ahli keluarga yang masih sihat dan semua nikmat yang tak terhitung banyaknya.  

Bercakap mengenai nikmat ni, aktiviti penting tubuh kita ialah buang air besar, betul tak?  Lega perut sebab dah tak perlu bawa 'makanan yang tak perlu' ke sana sini dan usus lebih sihat selepas buang air besar.

Pengalaman saya semasa berpantang anak pertama memang memeritkan.  Selepas bersalin, seminggu baru boleh buang air besar.  Bayangkanlah betapa banyaknya bahan buang yang disimpan.  Sudahnya najis jadi keras dan saya sembelit yang teruk.  Saya duduk dalam bilik air sejam untuk siapkan proses pembuangan tu.  Sakitnya memang tak boleh nak digambarkan, terutamanya bila mengenangkan luka jahitan tu.  Keadaan sembelit ni berlarutan sampailah anak saya umur 5 bulan.  Setiap kali nak buang air besar, saya akan ambil masa yang sangat lama, tak kiralah di rumah atau di tempat kerja.  Dan saya akan elak untuk buang selain dari di rumah dan di tempat kerja.  Kalau anak menangis waktu saya tengah membuang, saya terpaksa tahankan telinga dengar tangisan dia.  Tak kira, saya nak juga selesaikan buang air besar.  Adakalanya saya minta suami belikan ubat sembelit di farmasi (atas saranan jururawat yang memeriksa saya dan anak semasa dalam pantang).  Tapi tak seronok la, sebab kita tak boleh buang najis secara semulajadi.

Sejak berkenalan dengan Ostematrix Shaklee ni, saya lebih selesa membuang tanpa perlu rasa risau, perut senang, usus pun selesa.  Sebabnya, Ostematrix Shaklee ni membantu memudahkan najis besar dibuang secara semula jadi.  Jadi, ibu-ibu yang berpantang tak perlu risau tak boleh buang air besar atau mengalami sembelit.  Dan, ibu-ibu tak perlu duduk bertapa dalam bilik air.  Hehe.

Bukan itu sahaja, Ostematrix Shaklee ini juga membantu badan kita yang letih terutamanya minggu-minggu awal kelahiran si manja yang lebih kerap berjaga malam, menjadi lebih segar bila bangun dari tidur.  Badan jadi lebih sihat dan cergas.

Bagi yang dalam berpantang atau akan berpantang, ambillah Ostematrix Shaklee ni, rasailah kehebatannya yang mampu menjadikan kita lebih sihat; luar dan dalam tubuh badan.

Berminat untuk mendapatkan Ostematrix Shaklee dari saya.  Jangan segan silu hubungi saya di talian 019 7051235. 

Tiada ulasan: