syukran |
Semua sedia maklum, susu ibu adalah susu yang terbaik. Mudah, cepat, berkhasiat, menjimatkan dan macam-macam lagilah. Jadi, seelok-eloknya tanamkanlah niat untuk menyusukan anak semasa mengandung lagi. InsyaAllah, menyusukan anak juga adalah ibadat bukan? Dapat pahala dan perhubungan antara ibu dan anak dapat dipupuk dengan baik.
Ingat lagi kisah Nabi Muhammad dan ibu susuannya, Halimatus Saadiah. Itulah contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan. Oklah, kat sini saya nak kongsikan sesuatu tentang susu ibu ni. Jom baca dan hayatinya:
1. Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik untuk anak
- susu ibu khasnya kolostrum mengandungi bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
- susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi. Selain mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak, ia turut mengurangkan risiko pencemaran.
- ia mudah diperoleh pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia kekal pada suhu yang sesuai.
- iamemberikan bayi keselesaan daripada ketegangan emosi selain menjalin kasih sayang lebih mesra antara bayi dan ibu.
2. Menyusu bayi dengan susu ibu juga baik untuk ibu
- penyusuan susu ibu sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan seterusnya mengelakkan mengandung.
- ia membantu melangsingkan badan jika disertai dengan senaman.
- ia membantu rahim ibu kembali ke saiz asal dengan lebih cepat.
- ia mengurangkan risiko barah payu dara dan ovari.
- penyusuan boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
3. Masa paling sesuai menyusukan bayi
- bayi boleh disusukan sebaik sahaja selepas bersalin atau dalam masa sejam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Tambahan pula, pada masa ini bayi kita paling peka pada alam sekelilingnya.
- dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, susu ibu berwarna kekuningan (kolostrum). Kolostrum berkhasiat memenuhi keperluan bayi untuk beberapa hari pertam. Ia kaya dengan zat dan antibodi bagi membantu melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
- susu akan keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi juga semakin besar dan ibu akan kenal tangisannya jika lapar.
- sepanjang tempoh ini, susui bayi mengikut kehendaknya. Bayi akan menangis bila kelaparan dan tidur apabila kekenyangan.
- timbang bayi selalu. Berat badannya akan meningkat jika mendapat susu secukupnya.
4. Teknik terbaik menyusu bayi
tq ye pada pemilik gambar. saya mohon share |
- bergantung kepada keselesaan seseorang; menyusu sambil duduk, berbaring atau mengiring.
- tentukan kedudukan duduk atau baring ibu, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
- bayi perlu diampu dengan baik. Ibu boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepada bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi empuk.
- jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga bayi susan mencapai puting payu dara. Jangan pula terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
- gunakan alas seperti bantal, kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar dan merehatkan kaki agar dapat menyokong kedudukan ibu dan bayi dengan sempurna.
FB: Supermom Iffah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan