Assalamualaikum
Anak cerewet dalam memilih makanan? Memang merungsingkan hati ibu bapa. Jika anak ada 2, 3, 4 dan semuanya cerewet untuk makan, pastinya ibu bapa terpaksa memerah otak memikirkan hidangan apa yang sesuai disajikan.
Harini nak berkongsi tips penyelesaian anak cerewet makan:
- Elakkan anak daripada minum terlalu banyak air sebelum waktu makan kerana boleh mengurangkan selera makan mereka.
- Fikirkan alternatif terbaik untuk anak jika dia tidak sukakan sesuatu makanan. Misalnya, jika dia tidak gemarkan ayam, anda mungkin boleh berikan dia ikan kerana kedua-dua bahan makanan itu kaya dengan protein.
- Hentikan daripada memaksa anak makan sesuatu yang dia tidak suka kerana kanak-kanak sama seperti orang dewasa, tidak suka dipaksa.
- Ingatlah bahawa untuk menggalakkan anak makan, anda perlulah sentiasa kreatif. Cubalan campurkan makanan yang anak tidak suka dengan sesuatu yang dia suka atau ubahlah cara makanan tersebut dihidangkan.
- Ketahuilah bahawa saiz perut anak anda sangat kecil, janganlah memaksa dia untuk makan banyak.
- Quality and not quantity. Inilah yang perlu ibu bapa tahu. Makanan yang berkualiti sangat penting. Tidak ada gunanya anak makan banyak jika makanan tersebut tiada kualiti.
- Sentuh, rasa dan makan tanpa sebarang paksaan adalah yang terbaik jika anda mahu anak cuba sesuatu makanan yang baru.
- X-factor adalah perkara yang perlu ibu bapa cari untuk menggalakkan anak makan tanpa banyak soal. Hanya ibu bapa yang mengetahui tingkah laku anak. Jadi, carilah faktor yang mampu menarik perhatian anak untuk makan makanan yang baru bagi dirinya.
(sumber Majalah Pa&Ma)
Anak yang cerewet memilih makanan kadang kala memberi impak kepada peningkatan berat badan yang tidak mengikut BMI yang sesuai. Ada yang terlalu kurus dan tak kurang juga berat badan terlebih serta tidak seiring dengan usia.
Bagi penyelesaian anak cerewet makan, saya syorkan ambillah Mealshake Shaklee ni. Di samping membekalkan multivitamin yang cukup untuk perkembangan anak anda, ianya juga membantu melawaskan pembuangan najis. Sekaligus, nafsu untuk makan dapat dikawal. Tidaklah nanti ibu bapa risau anak asyik minta makan sahaja.
Berminat untuk mendapatkan Mealshake untuk anak anda? Hubungi saya 019 7051235
Tiada ulasan:
Catat Ulasan