CREDIT TO MAMAFAIZ.COM
1001
rahsia tersirat pada solat tahajud (credit to adhatine2.bogspot.com)..jom baca dan praktikkan bersama...
kerana selama ni kita tahu yang solat tahajud ni bagus..tapi sejauh mana kita
tahu akan rahsia yang tersirat disebaliknya?
SOLAT Tahajud ialah
ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat
tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini
sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah
S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka,
sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang
menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada
waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara
ini.
1) TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara
enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis
Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences,
England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya
perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian -
tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep
sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam
adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang
sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah
selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini
kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika
tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari
dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan
demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita
mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita
merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness)
di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan
menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur
yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah
dan kerja-kerja lain.
2) Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang
baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan
untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut
supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan
menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita
akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam,
bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur
seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari
kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua
kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga
kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai
peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari
dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun
tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh
membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang
Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia
yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah
dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di
dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang
diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah
orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan
di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat
15-18 )
3) IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA
LAIN
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan
guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,
Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan
pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk
mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam
atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang
dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.
4) PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan
mengenaikelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka
menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and
miles to go before I sleep.”
Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi
saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”
“The heights by great men reached and kept were not
attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards
in the night.” - Longfellow
Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh
orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras
sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu
tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
5) Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat
tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan
solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham
bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan
iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan
lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut
oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi
hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah
menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan
gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia.
Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang
lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat
menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat
tidak merasai nikmat oksigen segar ini.
6) RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika
solat.
Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam
) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat -
kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas
serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan
kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the
ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher,
tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul
sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung,
leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot
dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk,
kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak
badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar
otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an
lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk
- pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk
ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan
lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk
dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas
iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini
sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah
pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari
tidur malam
moga
apa yang dishare ni utk diri sendiri dan bersama.....selamat malam semuaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan