Translate

Selasa, 25 Februari 2014

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum

Siapalah tak nak kulit halus mulus, gebu, licin bak sutera.  Tentu best dapat memiliki kulit macam tu kan.  Bertuahlah siapa yang telah dianugerahkan memiliki kulit sebegitu indah.  Nak nampak cantik sentiasa walau tanpa mekap.  

Ada caranya, jom teliti satu persatu:

1.  Pengambilan Air Masak Yang Mencukupi
Adalah disyorkan pengambilan air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari.  Air merupakan komponen paling penting  bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan memudahkan proses pembuangan.

2.  Banyakkan Pengambilan Sayur dan Buah
Sayur dan buah membekalkan serat yang bagus untuk badan kerana mengandungi anti oksida yang baik dan kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang memang diperlukan kulit.dan juga mengekalkan kesihatan tubuh.

3.  Lakukan Skrub
Skrub berperanan menyingkirkan kulit mati yang tidak diperlukan kulit.  Ianya juga menjadikan kulit lebih segar dan halus.  Elakkan skrub lebih 2 kali seminggu kerana ia boleh menyebabkan kulit kering atau kemerah-merahan.

4.  Gunakan Pelembap Anti Oksidan Pada Waktu Malam
Tahukah anda bahawa kajian telah menunjukkan kulit berada dalam keadaan terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif anti oksida dan vitamin yang tinggi dalam krim pelembap.  Jadi lepas ni pastikan kulit muka dibersihkan sebelum tidur dan sapukan pelembap untuk hasil yang terbaik.

5.  Kerap Bersenam
Adalah disarankan untuk melakukan senaman secara rutin  kerana ianya membantu kelancaran peredaran darah dengan lebih baik dan seterusnya membantu kulit untuk lebih sihat dan tegang hasil perpeluhan yang keluar semasa bersenam.  Dengan berpeluh, ianya membantu mengeluarkan toksin dalam badan, penafasan lebih teratur dan mampu mengurangkan tekanan kepada saraf dan otot.  Senaman juga memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-parut dan juga kulit.

6.  Pengambilan Supplement Membantu Memanjakan Kulit
Tak percaya?  Pengambilan supplement membantu memanjakan kulit kita dari dalam.  Sebabnya, bila kita tenang, badan cergas, kulit pun tampak segar.  Supplement yang dicadangkan untuk diambil vitamin b, vitamin c dan vitamin e.  Dah ramai yang berjaya dengan pengambilan supplement ni.

ESP, susu berasaskan soya juga sangat bagus diambil setiap hari.  Boleh add on ye. 

Jom baca kisah mereka yang dah berjaya.

 ESP + Vitamin E dan Vitamin C.  Kulit muka licin, cerah dan gebu



ESP + Vitamin E.  Penangan 2 beradik supplement menyahkan kulit jerawat, parut n berminyak
 

Alhamdulillah, syukur dan rasa seronok tengok kawan2 dah dapat kulit idaman.  Nak juga macam diorang?  Bagi tahu je kat saya, bisa diatur.


Tiada ulasan: