Translate

Rabu, 19 Februari 2014

VITALEA ~ MULTI VITAMIN TERTUA DI DUNIA

multivitamin pertama di dunia
MULTI VITAMIN PERTAMA TAHUN 1915

multivitamin shaklee
VITALEA
Cara sebutan yang betul untuk vitamin ni ialah vai ~ ta ~ li.  Cuba sebut betul2?  Ye, betul dan tepat bunyinya.  
 
Sebelah kiri tu adalah multi vitamin pertama yang dihasilkan di Shaklee oleh Dr Forrest Shaklee.  Manakala yang sebelah kanan pula adalah wajah terkini multi vitamin ~ vitalea yang berada di pasaran Malaysia.

Apa manfaat Vitalea ni sampai ianya mampu bertahan di pasaran dunia hampir 100 tahun?  Mesti bagus kan sebab mampu bertahan begitu lama.

  • Penambahan tenaga segera ~ pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun tugasan harian.
  • Pelengkap nutrisi ~ kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan mengalami anemia (kurang darah)
  • Keupayaan sistem produktif ~ penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisme ~ sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh ~ menyediakan asas nutrisi; memastikan sel hidup; pertumbuhan sel baru; membantu proses pembesaran; pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon; serta kesihatan tiroid
  • Melindungi organ ~ melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Dah tahu manfaatnya, sekarang kita lihat perbandingan antara Vitalea Shaklee dengan multi vitamin lain.

  • Vitalea shaklee adalah multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Dan perkataan vitamin yang kini disebut adalah berasal Dr Shaklee.  Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun lalu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vitalea. 
  • Setiap tablet Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. 
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Tablet vitalea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. 
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks yang disebut sebagai " Explo-Tab".
  • Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
  • Vitalea shaklee telah dipilih oleh Center For Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multi vitamin dalam Public Interest pada tahun 2000.

Dalam satu bengkel nutrisi produk Shaklee yang saya hadiri, satu uji kaji telah dibuat bagaimana Vitalea ni mudah larut dalam air.  Memang teruja sebab sebaik sahaja vitalea dimasukkan dalam segelas air, ia larut sepenuhnya.  Ia menunjukkan bahawa ianya dihasilkan daripada organik dan tubuh manusia dapat menyerap kebaikan Vitalea dengan mudah.

Wow, bestnya.
 
Ini pengalaman saya bila stok Vitalea saya habis.
 
Mulanya saya tak rasa pun Vitalea ni bermanfaat untuk saya.  Itu pun sebab ada dalam Set Penyusuan 3M yang saya ambil.  Jadi, tak nak membazir, makan je Vitalea ikut jadual.  Bila stok Vitalea ni habis, saya tak terfikir pun nak top up semula.  

Selama hampir 2 bulan ni tak ambil Vitalea, saya perasan badan saya kerap rasa letih, lemah, lemau pun ada.  Tak boleh jadi ni, lepas ni saya kena pastikan Vitalea sentiasa ada dalam simpanan dan tak akan tinggalkan lagi dah.

Amatlah beruntung sesiapa yang menjadikan Vitalea teman setianya.  Ia kan multi vitamin, jadinya kalau yang tak nak telan vitamin yang banyak, ambil aje Vitalea ni.

Oh, ya!  Vitalea ni juga disediakan dalam set-set kesihatan Shaklee; antaranya, Set Kesihatan Optimum, Set Hamil dan Set Berpantang.

Tiada ulasan: