Assalamualaikum
Hari ni
saya nak berkongsi mengenai apa itu vitamin. Iyalah, selama ni memang
biasa kita dengar, tengok, baca macam-macam vitamin yang dikeluarkan oleh
pelbagai pihak berasaskan makanan kesihatan.
Apa itu vitamin dan vitamin apa yang harus kita ambil untuk mengekalkan kesihatan?
Vitamin
adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu
mengawal reaksi biokimia dalam badan kita.
Setakat
ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap
satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila
struktur kimianya telah dikenal pasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama
seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C – asid askorbik.
Vitamin-vitamin ini dibahagikan kepada dua kumpulan:
- ·Kumpulan yang pertama adalah vitamin yang larut dalam air seperti Vitamin B dan C. Vitamin-vitamin ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu, vitamin ini perlu diambil setiap hari.
- Kumpulan yang kedua adalah vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini larut dalam lemak dan oleh itu ia boleh disimpan dalam badan bagi jangka masa yang panjang. Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit yang serius.
Untuk
mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita haruslah mengekalkan pemakanan yang
sihat dan seimbang dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat yang dapat
membekalkan badan kita dengan cukup vitamin dan mineral yang diperlukan oleh
badan. Vitamin tambahan tidak harus dijadikan pengganti bagi makanan berkhasiat
seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun, mungkin ada di
antara kita yang melalui waktu yang sukar dan tertekan dalam hidup mereka atau
mungkin menghadapi masalah kekurangan vitamin dan memerlukan sedikit bantuan
untuk mendapatkan jumlah vitamin yang mencukupi. Dalam hal ini, pemakanan
tambahan adalah digalakkan. Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh mengakibatkan
keracunan. Oleh itu, silalah minta nasihat doktor jika anda tidak pasti sama
ada anda mengalami kekurangan vitamin atau tidak.
Kumpulan yang mungkin menghadapi masalah kekurangan vitamin:
- Remaja yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dengan tekanan peperiksaan dan sukan mungkin memerlukan pemakanan tambahan. Kalsium atau mineral tambahan juga dapat membantu menyediakan asas yang baik bagi tulang yang kuat untuk kemudian hari.
- Mereka yang vegetarian dan tidak memakan protein haiwan mungkin akan mengalami kekurangan vitamin B.
- Mereka yang mengalami tekanan dan sibuk (contohnya ibu tunggal yang cuba mengimbangkan di antara kerjaya dan menjaga anak-anak), sering mengamalkan diet atau mengabaikan waktu makan, atau hidup dengan makanan segera mungkin akan mengalami kekurangan vitamin dan mineral.
- Mereka yang alah kepada laktosa atau makanan-makanan tertentu.
- Wanita hamil, bagi menggalakkan perkembangan fetus yang sihat dan untuk mengekalkan kesihatan mereka sendiri.
- Mereka yang merokok dan kuat minum minuman keras.
- Wanita yang mengalami menopaus.
- Orang tua yang tidak berselera makan.
- Mereka yang sakit, sedang dalam proses sembuh dari sakit atau selepas melalui pembedahan.
Adakah
kita dalam kumpulan yang dinyatakan? Kebanyakan daripada kita jawapannya
ialah YA. Jadi apa tunggu lagi? Ambil langkah segera dengan
mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dan seterusnya mengambil vitamin
tambahan yang sesuai.
Zahiti
Muhammad Hamdi
019
7051235
Shaklee
Independent Distributor: ID 920481
Tiada ulasan:
Catat Ulasan