Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Itulah perkara asas kalau kita nak capai kejayaan dalam apa juga yang kita buat. Samalah jugak dengan pengambilan vitamin ni. Peringkat awal memang susah nak disiplinkan diri untuk ambil vitamin ikut masa yang telah ditetapkan. Tapi sekarang, saya, anda dan kita semua kena faham bahawa sebab sel badan kita akan berganti setiap 3 bulan, jadi
untuk tengok kesan bila kita ambil vitamin/supplemen, kita mesti konsisten dan istiqamah.
Barulah badan cergas, bila bangun pagi badan rasa lebih segar, yang penting, urusan seharian kita akan lebih lancar.
Dalam pengambilan vitamin ni, pengambilan air masak yang mencukupi amat penting supaya nutrien dapat diserap dengan baik. Berapa banyak air yang perlu diminum? Ia bergantung kepada diri seseorang individu itu sendiri. Adalah disyorkan agar pengambilan air tu 1/3 daripada berat badan kita. Jadi, seseorang tu memerlukan antara lebih kurang 2 hingga 3 liter air sehari. Macam kereta, kalau minyak dah sampai E, mesti kita dah standby untuk isi semula kan. Badan pun macam tu juga. Cuma badan ni takde meter reading kan? Air ni berperanan melancarkan perjalanan organ-organ dalam badan.
Dalam pengambilan vitamin ni, pengambilan air masak yang mencukupi amat penting supaya nutrien dapat diserap dengan baik. Berapa banyak air yang perlu diminum? Ia bergantung kepada diri seseorang individu itu sendiri. Adalah disyorkan agar pengambilan air tu 1/3 daripada berat badan kita. Jadi, seseorang tu memerlukan antara lebih kurang 2 hingga 3 liter air sehari. Macam kereta, kalau minyak dah sampai E, mesti kita dah standby untuk isi semula kan. Badan pun macam tu juga. Cuma badan ni takde meter reading kan? Air ni berperanan melancarkan perjalanan organ-organ dalam badan.
Di sini saya nak kongsikan aturan pengambilan vitamin yang betul agar nutrien yang dibekalkan dapat diserap badan dengan baik.
Vitamin Larut Air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN (don't do it, okay)
- Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
- Mengambil supplement zat besi (iron) bersama ostematrix. Zat besi boleh menganggu penyerapan kalsium. Pengambilan vitalea dan ostematrix berasingan sebagaimana yang disarankan (vitalea diambil sebelah pagi, ostematrix diambil semasa hendak tidur.
- Pengambilan multvitamin (vitalea) yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi oleh tubuh kita.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
CADANGAN MASA PENGAMBILAN VITAMIN
Sebagai panduan terutama yang baru untuk mengambil vitamin sebagai makanan tambahan harian, adalah disarankan mengikut langkah berikut:
Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex
Di antara sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa
Di antara makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)
Ada apa-apa kemusykilan, jangan malu-malu untuk hubungi saya.
Zahiti Muhammad Hamdi
019 7051235
Shaklee Independent Distributor 920481
Tiada ulasan:
Catat Ulasan