Assalamualaikum
Terima kasih sudi jenguk buku maya saya ni. Sebelum ni, saya lebih gemarkan/prefer minuman isotonik yang ada kat pasaran. Biasanya saya ambil untuk boost energy, melegakan cirit-birit, elakkan hidrasi. Pernah masa mengandung 7 bulan, masa tu saya dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan kat Seri Kembangan, Selangor (tapi pegi melencong ke Cameron Highland dulu...hihi). Waktu tu saya alami sakit perut yang sangat, bukan sebab nak deliver, tapi mungkin disebabkan pemakanan yang saya ambil, setiap 2 jam saya mesti minta hubby berenti kat mana2 petrol station untuk membuang hajat. Kesian hubby saya....
Disebabkan bimbang yang teramat sangat (tapi tak pergi pun klinik), saya ambil minuman penambah tenaga tu, 100 Plus. Syukurlah cirit birit tu tak berpanjangan.
Tapi bila berkenalan dengan Shaklee, tengok ramai yang promosikan Hebatnya Performance Drink (ringkasnya PD) especially bulan puasa, saya tetap tak endah. Waktu tu focus makan supplement Shaklee untuk penyusuan je.
Nak dijadikan cerita, awal bulan September hari tu, hari Jumaat lepas kerja, kami sekeluarga menghadiri kenduri doa selamat rumah Kak Long, iyalah dia nak menunaikan haji, siap semuanya jam 12 malam. Lepas tu kitorang bergerak pulak pergi rumah mertua saya, lebih kurang 45 minit perjalanan dan bermalam di sana. Esoknya, Sabtu, pagi2 lagi saya dah keluar rumah sebab nak hadiri Bengkel Nutrisi Produk Shaklee kat JB. Saya naik bas je dari Kluang ke JB. Time break sebelah pagi, Shaklee ada sediakan susu ESP dan performance drink untuk semua peserta. Bancuh sendiri sebab semuanya disediakan, air, gelas, sudu. Time tu la try minum PD untuk pertama kalinya. Tak banyak pun sukatan yang saya ambil, untuk segelas air, saya bubuh 1 sudu besar ESP dan 1 sudu PD.
Petang tu lepas habis bengkel dalam pukul 6 petang, saya balik semula ke rumah mertua naik bas dari JB. Dalam bas, biasanya kalau dah petang2 macam tu, saya akan tidur. Tapi hari tu, paksa mata lelap tapi tak boleh, dan badan rasa tak letih pun. Hmmm pelik pun ada, tapi buat tak tahu je.
Sampai rumah mertua, borak2 jap pastu makan. Hubby pulak ajak hantar kakak dia balik Batu Pahat. So, ikut je la. Waktu tu air susu badan memang mencurah2, basah baju saya. Apa lagi, bagi la anak saya yang manja tu direct feed. Fuh, lega bekalan susu dapat disalurkan dengan baik. Hehe.
Bila fikir2 balik, betullah hebatnya performance drink ni memang membantu terutamanya bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, sesiapa yang demam dan hidrasi, orang yang aktif dalam sukan/belajar/travel jauh. Lagi lah menguatkan sangkaan saya, bila kawan baik saya pun try minum PD, dia kata dia jadi bertenaga, siap lipat kain semua malam tu padahal hari tu dia kerja. Badan cergas, mata tak ngantuk dan pastinya ianya selamat. Macam moto yang Shaklee selalu tekankan, 'Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam'.
Ni pulak antara testimoni
Ok sekadar itu perkongsian hari ni.
Nak tanya apa2 pasal PD atau apa sahaja produk Shaklee, jangan segan2 hubungi saya
Tel/Whatapps/SMS : 019 7051235
FanPage: Supermom Iffah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan