Translate

Khamis, 26 September 2013

VITAMIN TAK BERKESAN?

Cuba selidiki kenapa vitamin-vitamin yang kita ambil tidak memberi kesan kepada kita.  Berikut antara faktor yang mempengaruhi ketidakberkesanan vitamin:

1.      Pengambilan Air Kosong Dipandang Ringan
Ramai yang ada masalah amalkan minum air masak kosong dan lebih suka minum air yang berperisa, berwarna dan manis.  Air manis ni boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan.  Oleh itu, kita amat digalakkan minum air masak yang banyak supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2.  Elakkan Makan Vitamin Secara Banyak Dalam Satu Masa
Apabila kita makan vitamin-vitamin sekaligus,  kepekatan darah kita hanya meningkat pada masa-masa tertentu sahaja.  Ambil vitamin sebagaimana yang telah ditetapkan dan disesuaikan mengikut keperluan (patuhi pengambilan vitamin).  Ini juga membantu agar buah pinggang kita tidak terlalu dibebani pada satu masa tertentu aje.

3.  Elakkan Pengambilan Vitamin Bersama Ubatan Lain/Jamu
Sekiranya kita dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin.  Sebabnya?  Ia boleh menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.  Cuba tetapkan masa, sekiranya selepas makan pagi, kita perlu ambil ubat doktor, jadi kita boleh ambil vitamin pada waktu tengah hari atau malam.  Namun, jika kita perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, jadi, amalkan pengambilan vitamin 1 - 2 jam selepas pengambilan ubat doktor/jamu.

4.    Kurangkan Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian
Pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin sedia dalam badan.  Oleh itu, pengambilan minuman yang tinggi kandungan kafein secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.  

Tips Untuk Ibu Menyusu

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuannya.  Utamakan NIAT yang utama supaya tidak terlalu banyak vitamin yang diamalkan kerana dikhuatiri pengambilan air masak tidak sekata.  Sekiranya anda membeli, dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan kita tahu fungsi kebaikan vitamin tersebut!  Hubungi pengedar jika inginkan jadual panduan pengambilan vitamin dan bagi ibu yang menyusu, panduan pengambilan vitamin yang betul dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu

Zahiti binti Muhammad Hamdi
019 7051235

Shaklee Independent Distributor  :  920481 




Tiada ulasan: