Translate

Ahad, 9 Februari 2014

1001 MANFAAT BASIC H SHAKLEE

Assalamualaikum

Dah lama nak buat entry ni, alhamdulillah, dapat juga mencoretkan sesuatu kat sini untuk perkongsian bersama.

Basic H Shaklee Memang Best!  Betul ke?

Bagi yang dah beli dan guna, memang tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa mudahnya menggunakan Basic H Shaklee ni.  Ianya merupakan cecair pencuci serba guna; boleh buat basuh sayur, basuh buah, basuh botol2 susu, membersihkan lantai.  Boleh juga menyegarkan sayuran yang dah agak kecut kat peti ais tu macam sawi, kangkung, bayam dengan cara basuh sayuran tersebut bersih2 dan rendam dalam Basic H Shaklee.  

Banyak ke titisan yang perlu kita gunakan?  Tentulah jawapannya tidak.  Kalau setakat basuh botol2 susu yang kuantitinya cuma 5 botol dan ke bawah, hanya perlu 2,3 titisan Basic H.  Kemudian rendamkan botol2 tersebut dan puting2nye juga.  

Untuk sayur-sayuran dan buah-buahan, kalau banyak bendanya, kenalah titiskan lebih sikit.  

Jangan tak tau, Basic H Shaklee yang best ni, akan menghasilkan buih yang banyak hanya dengan beberapa titisan sahaja, dan ianya memang tidak berbau serta tidak meninggalkan kesan licin macam sabun pencuci/cecair pencuci keluaran syarikat lain.

Sebelum ni, saya memang ada masalah nak bersihkan tikar buluh yang saya bentang di ruang tamu kalau kena kencing anak2 saya.  Kali pertama saya cubalah letak beberapa titisan Basic H Shaklee ke dalam air anggaran setengah baldi sederhana besar.  Saya mop kedua-dua permukaan tikar yang kena kencing tadi kemudian biarkan ianya kering sendiri.  Petangnya, saya cuba-cuba cari bau kencing, tapi takde bau.  Ok lah kan.

Selang beberapa minggu, anak saya terkencing lagi kat tikar tu.  Saya aplikasikan teknik yang sama; guna Basic H Shaklee.  Saya hanya bersihkan sekali je, tanpa bilas.  Hmm, bila dah kering, memang takde baulah. Wah, memang seronoklah.  Kan, dah mudah kerja saya.  Kalau sebelum ni, saya terpaksa basuh keseluruhan tikar buluh tu guna pencuci yang ada kat pasaran dan jemur, tapi bila dah kering bau kencing tu tetap ada.  Semenjak dah ada Basic H Shaklee ni, sangat2 mudah kerja saya.

Kemudian, saya ambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mop rumah.  Saya guna Basic H Shaklee.  Hasilnya, saya hanya perlu mop sekali sahaja, tanpa bilas, lantai cepat kering dan masa lantai basah, ianya tak licin pun.  Hati dah berbunga2 seronok dah waktu tu.  Tak perlu nak keringkan, saya hanya buka kipas sahaja.  

Saya betul2 gembira sebabnya saya dah jumpa pun pencuci yang memudahkan kerja-kerja saya.  Basic H Shaklee memang best dan sangat berbaloi.

Tak besar mana pun botol tu, senang nak simpan dan senang digunakan.

Nak dapatkan Basic H Shaklee?  Jangan lupa hubungi saya ye.  019 7051235


Tiada ulasan: