Translate

Rabu, 12 Mac 2014

CEKUR MANIS REDAKAN DEMAM

Cekur manis mempunyai banyak khasiat yang dikategorikan sebagai tumbuhan berpotensi sebagai bahan ubatan.  Sayuran ini juga dikenali sebagai cekup manis biasanya dijadikan bahan tambahan dalam masakan.  Cekurmanis senang didapati terutama di kawasan kampung.

Ada wanita selepas bersalin yang menggunakannya untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim.

Air rebusan cekur manis diminum bagi membantu meredakan demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, pening, pitam dan tekanan darah tinggi.

Daun dan akar direbus dan diminum untuk menangani masalah hidung berdarah dan penyakit paru-paru.


sumber:  Harian Metro 12 Mac 2014


Tiada ulasan: