Translate

Isnin, 10 Mac 2014

KETAHUI KUANTITI AIR MENCUKUPI DALAM TUBUH

Assalamualaikum

Macam mana saya tahu saya dah ambil air masak/air kosong yang mencukupi?  Mudah aje sukatan saya.  Kalau dulu, mula-mula terjebak dalam dunia makan makanan tambahan (supplement), memang susah nak menghabiskan 2 - 3 liter air masak/air kosong sehari.  Sebabnya, tak konsisten dan tak percaya yang kita memang boleh habiskan beberapa liter air sehari.  Semuanya memerlukan latihan, bak kata, practices make perfect. 

Kalau kita makan satu jenis vitamin / supplement sehari, kuantiti air masak/air kosong yang diperlukan memadai dengan 2 liter.  Kalau berjenis-jenis vitamin, kenalah lebihkan air masak/air kosong tu.  Ini bagi membolehkan tubuh memproses dan menyalurkan manfaat vitamin/supplement yang kita ambil.

Apa yang saya buat ialah, saya sediakan botol air yang ada sukatan (2 liter) dan 1 cawan 300 ml  (kalau dah habis 2.3 liter tu, saya akan isi semula botol dan cawan tu).  Lepas sarapan pagi, saya ambil Omega Guard minum 1 cawan air.  Lepas 1 jam, saya ambil b complex pula bersama 1 cawan air.  1 jam kemudian, saya tambah pulak vitalea dan 1 cawan air.

Selepas lunch, saya ambil vitamin c juga bersama 1 cawan air.  Nak tidur saya ambil ostematrix bersama 1 cawan air.  5 kali makan vitamin, jumlah air yang saya ambil ialah 1.5 liter.  Dan untuk mencukupkan 2.5 ~ 3 liter air sehari, saya akan ambil setiap kali lepas buang air kecil, bangun tidur....

Boleh dikatakan setiap jam saya akan buang air kecil... Sekarang ni, kalau bangun malam dua, tiga kali semata-mata untuk buang air kecil pun saya sanggup.  Dah biasa, pastu sambung tidur semula.  Huhuhu.

Perhatikan warna air kencing kita, kalau warnanya kuning pekat, itu tandanya badan kurang air.  Jadi, cepat-cepatlah minum air dan cukupkan pengambilan air sebanyak 2 ~ 3 liter sehari walaupun kita tak ambil sebarang makanan tambahan/vitamin/supplement ye.

Buang air kecil adalah salah satu cara badan kita mengeluarkan toksin.  Kalau toksin disimpan terlalu lama dalam badan, pastinya akan menimbulkan masalah lain pula.  Bila dah sakit, pastinya memerlukan pertolongan orang lain.  Apa kata, sebelum ianya berlaku, kita ambillah langkah berjaga2.  Pastikan jaga pemakanan, pengambilan air masak/air kosong setiap hari mesti mencukupi dan dicadangkan supaya ambillah makanan tambahan yang berasaskan dan diproses dari bahan semula jadi, halal dan diyakini.

Solat tahajud banyak kelebihannya, antaranya, boleh menghindarkan diri daripada penyakit.  Selain dapat menambahkan pahala, badan juga akan jadi lebih sihat dan cergas bila kita jadikan solat tahajud sebagai amalan.

Air masak/air kosong, kawan setiaku... Supplement, teman baikku.  Solat-solat sunat, tempat ku mengadu...SUBHANALLAH


Tiada ulasan: