Translate

Isnin, 10 Mac 2014

PESAWAT MH370 ~ PRAY FOR THEM

Assalamualaikum...

Hari ni hari ketiga pesawat MH370 masih belum diketahui statusnya.  Di sana sini terutamanya keluarga penumpang dan anak kapal pesawat masih terus berharap dan berdoa ada berita yang membuatkan hati mereka lega dan tenang.  Semestinya berita yang baik-baik aje yang kita nak.  Di sinilah ada hikmahnya.  Kalau sebelum ni, kita kurang untuk berdoa lebih lama, apa kata ambil peluang setiap kali lepas solat atau waktu-waktu mustajab untuk berdoa, kita lebihkan doa untuk mereka.  Kuasa sedekah juga jangan kita lupa.  Buatlah secara ikhlas dan niatkan untuk mereka yang sedang diuji Allah.  Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu, kalau kita tidak mampu menghadapinya.  Allah sentiasa bersama kita.  Ingat tu, KUASA DOA, KUASA SEDEKAH.  Mudah-mudahan apa yang kita lakukan hari ini, akan terus jadi amalan baik kita sampai bila-bila dan ianya akan diwarisi oleh keturunan kita pula.

Media massa sentiasa mengemaskini perkembangan terkini berkaitan pesawat MH370.  Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk semua yang terlibat, tak kiralah sama ada penumpang, anak kapal, pasukan mencari, ahli keluarga semua yang terlibat.  Dan, syukur dipanjatkan kerana banyak negara yang memberi bantuan kemanusiaan; kapal selam, pasukan penyiasat, kaunselor dan semuanya yang punya kepakaran masing-masing.  


 Untuk semua, teruskan doa, doa dan doa anda ye.  Sekurang-kurangnya berdoalah agar diberi ketenangan dan keselamatan kepada semua yang terlibat.  ALLAHU AKBAR

 

Tiada ulasan: