Translate

Rabu, 20 Januari 2016

SUPPLEMENT UNTUK TINGKATKAN LEMAK BAIK

Bismillah.

Assalamualaikum.

Dua jenis kolestrol yang kita tahu iaitu:

HDL (High density lipid) / kolestrol baik
LDL (low density lipid) / kolestrol jahat

Untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan, kita perlu tingkatkan lemak baik iaitu HDL.

1.  ESP - sumber protein.  Ia adalah kolestrol yang mengandungi protein yang seimbang ~ essential dan non essential


2.  Omega dan Lecithin membantu dalam menurunkan kadar LDL di samping meningkatkan kadar HDL.



Pemakanan seharian juga kenalah seimbang.  Minum air putih yang banyak dan lakukanlah senaman.

Bersamalah kita amalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan yang bergaya.


Selasa, 15 April 2014

JOM VIVIX

Assalamualaikum...

Hai lah vivix, datanglah kau padaku sentiasa.  Hahaha...tonik ajaib shaklee ni, memang best untuk yang nak melambatkan penuaan (minum n buat masker ye), yang nak mengurangkan sakit2 badan pun boleh ambil vivix ni.  Ramai yang dah ambil vivix ni terutamanya yang menghidap kencing manis.  Syukur berkesan.

Vivix Shaklee, rasanya ramai dah tahu pasal Vivix ni kan.  Tonik ajaib, insya Allah.  Berbaloi dengan harganya.   Apa kata kita tengok kelebihan vivix ni...
  • satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA manusia
  • membantu memberi perlindung anti oksida pada tubuh
  • membantu mengawal genetik dan melambatkan penuaan
  • membantu meningkatkan tenaga dan sel
  • melambatkan AGE (advance glycation end production)
  • membantu memelihara kesihatan jantung dan otak
  • membantu meningkatkan imunisasi badan
  • membantu memelihara kesihatan sendi.

Testimoni 1:  sakit lutut ayah dah bertambah baik.  tekanan darah stabil.
Nur Zahirah, Sarawak

Salam bahagia.  Pagi ni saya nak berkongsi berita gembira.  Baru malam tadi saya hubungi ayah.  Bertanya khabar.  Yelah, memang saya selalu hubungi ayah.  Tapi sebelum ni tak tanya pulak pasal hal ni.  Hehe..Saya tanya ayah samada ayah masih konsisten ambil vivix setiap malam sebelum tidur atau tak.  Sebab ayah saya ni jenis yang sangat liat nak ambil vitamin.  Lagi pula ayah tahu harga vivix ni sedikit mahal.  Ayah tak mau vivix cepat habis sebab ayah takut menyusahkan saya unutk topup vivix dengan lebih cepat.  Selalu saya pesan kepada ayah untuk mengambilnya secara konsisten.  Bulan ni adalah bulan kedua saya mensupply vivix untuk mak ayah saya.  Dan subhanallah...ia telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan. 

Untuk pengetahuan semua, ayah saya mempunyai masalah sakit lutut.  Beliau juga mempunyai penyakit darah tinggi.  Ayah pernah kena mild stroke 4 tahun lepas kerana lupa ambil ubat selama 2 hari.  Ayah masih beras kebas2 di satu belah tubuhnya.  Sehinggalah bulan lepas saya berikan vivix untuk mak dan ayah gunakan semasa berpuasa dan disambung untuk botol seterusnya pada bulan ini.

Apa perubahan yang ayah saya alami?  Pada mulanya ayah hanya tahu vivix ni hanya untuk sakit lutut.  Sebab ayah ni jenis sangat liat nak ambil vitamin, lagi2 yang mahal sikit.  Ni sebab ayah selalu mengadu sakit lutut kepada saya.  Tapi tadi saya bagitahu ayah untuk terus konsisten ambil vivix sebab ia juga penawar untuk darah tinggi.  Kemudian ayah cerita, " Ayah g buat check up kat doctor.  Bila di chek, dapat result yang menggembirakan.  Sebelum ni tekanan darah ayah tidak pernah 150/90.  Biasanya 170/100 atau 160/100."

Saya sangat bergembira dengan result ini.  Dan saya doakan agar ayah dan mak saya semakin sihat dan bahagia selamanya.  Saya tak kisah nak top up vivix untuk mak ayah saya setiap bulan pon sebab walaupon ia mahal, ia sangat berbaloi.
 Testimoni 2:  suami tampak makin muda, makin bertenaga
 xxxx
Husband amalkan hampir setahun setelah puas dipaksa.  Hehehe.  Susah betul nk suh dia konsiten.  Perubahan yg paling ketara, muka dia makin muda org kata.  Tahun ni umur dia 40 tp ramai tegur ingat dia umul awal 30-an.  Agaknya sbb kulit muka jd lebih fresh, merah2 x pucat berminyak cam dulu.  Bekas lubang2 besar jerawat ms remaja nmpk ada yg dah rat sket.  Part muka mgkn sbb dia pakai pencucui Nutriwhite jg.  Yg best jugak perut dia yg sedikti ke depan tu sekarang dah makin ok.  And soft tissue injury sbb terjatuh boleh kata totally gone.  Hubby bertahun2 sakit sbb injury ni, smpi pernah terbaring kat ofis kena panggil ambulan dtg angkat pi emergency ms terkena attack.  Energy level mmg byk imporve...Dia sportman, dulu pancit je bila main volley & krikte, siap kena kutuk ngan member.  Skrg Alhamdulillah, boleh main kriket 2 game straight pagi smpi ptg and maintain aktif smpi mlm, boleh lyan anak2 lg.

 Testimoni 3:  bacaan gula dalam darah menurun
Nurul Azliza

Salam..nak share pengalamn ibu mertua sy...mggu lepas hubby sy ada hadiahkan vivix untuk ibu mertua sy.  ibu mertua sy ni ada kencing manis, darah tinggi, sakit lutut n asma.  So ibu mertua sy start mkn vivix ari ahad.  Ari kamis mlm dia ade g kenduri dan mkn segala makanan yg manis2 kt situ.  esk pg dia test tula dan dia TERKEJUT!!! cox gula dia xnaik cuma 6.2 klw sebelum ni dia xbleh langsung mkn benda manis esk pasti gula dia tinggi...pagi sabtu terus dia call kami cerita pasal kesihatan dia..sy n hubby gembira n syukur sgt bila dgr berita atas perubahan yg mendadak tu.  Alhamdulillah thankz shaklee... :)

Banyak lagi testimoni yang dah berjaya dengan pengambilan vivix shaklee secara konsisten dan ikut sebagaimana jadual pemakanan yang diberikan.  Makan pun kena jaga juga ye.  Ubat2 yang doktor bagi jangan abaikan.

Konsultasi hebat untuk yang mendapatkan vivix dari saya sahaja ye.  

Zahiti | 019 7051235

Isnin, 14 April 2014

PENGLIHATAN SAYA DAH BERTAMBAH OK!




 Assalamualaikum...

Eh, kenapa pulak tajuknya Penglihatan saya dah bertambah ok?  Lepas operate ke?

Tentulah tidak.  Tapi dengan adanya Carotomax Shaklee ianya membantu untuk memperbaiki tahap penglihatan seseorang.  Kalau sebelum ni ada masalah rabun, silau atau duduk terlalu lama ngadap pc/laptop, apa kata ambil Carotomax ni setiap hari.

Oh, ya.  Sebelum kita baca lanjut testimoni Carotomax, jom lihat manfaat yang akan diperoleh kalau kita makan dengan konsisten:
    • melindungi sel daripada kesen pemusnahan oleh radikal bebas
    • sumber vitamin A terbaik
    • meningkatkan sistem imunisasi
    • membetulkan sistem organ tubuh
    • mencegah kanser
    • mempertingkatkan kualiti penghlihatan dari rabun malam
    • meredakan penyakit kulit
    • penting untuk pertumbuhan tulang, gigi, gusi, rambut dan kulit yang sihat
    • membina semula sel-sel yagn rosak
    • bagus untuk kulit berjerawat, ulser dan bisul
    • penting untuk pertumbuhan tisu ephitelail

     Sekarang barulah boleh baca testimoni pulak...

    a)  Judith Jolis

    nak share dkt cni...xcited sgt ni...Actually, sa mmg rabun jauh n selalu kuar air mata nie..klu x silap since form 2 lg..pny la menderita...klu ke mana2 pn kena bawa sapu tgn..kjp2 lap mata yg berair nie...bila jumpa kwn2..asyik tny dgn say..kenapa nangis..byg kn dr sekolah sehingga la skrg..anak da 3 nie...huhu, pny la stress tau..pegi hospital pn hny diberi ubat titis dkt mata...ok kjp jak..dh hbs ubt tu...dtg semula mata berair tu..but, now...hepi sgt2 bila da berkenalan dgn shaklee n try amik Corotomax..sa baru mkn smlm n tadi pagi sebiji...so, amazing..dlm tempoh yg x smpi pn 2 ari..mata da x berair da...spec pn ad tak pakai nie..klu dulu, mata cepat letih aja...apa lagi klu time kerja...dr pagi smpi ptg asyik menghadap komputer kn..mata jd ny cpt letih nie..jadi ny mcm mata garfield da..tp, skrg still fresh aja smpi ke mlm...heheheh...Thakful sgt2 bila d perkenalkan dgn Shkalee yg sgt best nie...next time nak try produk shaklee yg lain plk...

    **********************
    b)  Che Lin

    Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak.  pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur.  kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia.  nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh..heheh~

    Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata.  apa yang saya baca dari buku dan internet, vitamin ni tak boleh menyembuhkan rabun tapi apa salahnya saya ambil supplement kan?  kalau tak bertambah baik pon, at least maintain dengan power sekarang.  memanglah teknologi perubatan skang ni dah canggih manggih, boleh buat operation mata lasik bagi tapi saya penakut bab-bab operation nih.  masuk ER masa form 4 dulu kena jahit kat kening kes dicium bola hoki pon, dah seram sejuk sampai tukang jahit ingat saya dah pengsan even tak dibius.  padahal terkaku sebab ketakutan nampak benang biru yagn dia dok tarik-tarik kat kening bawah cahaya lampu!  haha!~

    alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa.  kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katik.  warna bunga dan tanah lebih kurang sama.  yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul  tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut.  siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya.  hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan.\(^-^)/

    Masa balek ke kampung last wee,

    "mak rasa mata makin elok la.  sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je.  lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."

    alhamdullillah.  seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax.  siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie tu  :).

    ********************** 
    c)  Dianna Nasrudin

    I have been using spectacles since 21 years ago.  Power tak banyakpun.  Pakai tak pakai nampai jugak but nk gambar clear ke tak different story.  Selalunya tak pakai unless driving cause when I read or am looking at something near distance it's very uncomfortable.  My biggest problem is the light.  I have astigmatism and kalau lampu lebih sangat my vision will be blurred same goes to night time driving.  If its dark and suddenly ada headlight from opposite direction, blur kejap.  Bila time hujan tak payah ceritala.

    I have been consuming carotomax for nealy 1 month through my sister's recommendation and I noticed, sometimes when I forget to put my glasses back on  when I drive away, I still can drive like a normal person.  Mata tak sakit and most importantly nampak everything.  Of course I still am using my glasses.  This is not a miracle cure.  But I am happy with the improvement.

    Needless to say I'm going to buy my 2nd bottle and am going to recommend it to all who has the same problem as I do.

     **********************

    d)  Melissa Raffur

    Tahun lepas kena pakai cermin mata - power mata kanan 200, kiri 250.  Mula makan Carotomax akhir tahun lepas.  Cermin mata lama-lama jadi blur, so tak pakai haha (memang jarang sangat pakai pun actually).  Bulan ini check mata, power dah jadi 75 for both eyes!  Alhamdulillah syukurr sangat, thank you Allah, thank you Shaklee! :')


    Syukur yang ambil Carotomax bertambah baik penglihatan dan siap boleh rekomenkan pada orang lain lagi untuk ambil Carotomax jugak.  Sesiapa nak tambah baik penglihatan, ambillah Carotomax ye.

    Zahiti | 019 7051235


    Ahad, 13 April 2014

    PETUA ATASI RABUN

    Mata kita memainkan peranan penting setiap masa.  Segala kerja banyak bergantung pada penglihatan.  Jadi, penglihatan yang baik tentunya datang dari mata yang sihat, boleh menjalankan fungsinya tak kira malam atau siang, di bawah terik matahari, silau cahaya dari kenderaan ataupun lampu.  Mata yang mendapat sumber makanan yang baik dan mencukupi pastilah dapat memberi manfaat pada pemiliknya.  Jadi, jagalah anugerah tersebut sebaik-baiknya.  

    Vitamin A adalah vitamin yang sangat diperlukan oleh mata.  Kalau ada masalah rabun, petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menambahbaik tahap penglihatan...

    1.  Lazimkan membaca al-Quran setiap hari.  
    Melihat al-Quran dapat pahala, apatah lagi membacanya.  Selain dapat memberi 'cahaya' kepada kediaman kita, mata juga mendapat nikmat bila dapat memudahkan kita membaca al-Quran.


    2.  Makan betik
    Ambillah betik atau apa jua buah-buahan setengah jam sebelum makan.  Ia membantu penghadaman makanan yang lebih baik dan cepat.  JANGAN ambil buah-buahan sebaik sahaja selepas makan, ia akan mendatangkan mudarat pulak nanti.  



    3.  Amalkan makan lobak merah/minum air lobak merah
    Lobak merah biasanya dijadikan ulam atau sayuran campur dalam masakan harian kita.  Lebih enak lobak merah dijadikan jus lobak dan ditambah susu.  Sedapnya...

    4.  Minum air rebusan sawi
    Tak pernah tahu?  Jom saya ajar caranya.  Ambil satu cekak sawi dan bersihkannya.  Rebus dengan 2 gelas air sehinga mendidih.  Minum setelah air sawi tu sejuk.  Amalkan 2,3 kali seminggu ya.

    5.  Supplement Shaklee
    Carotomax Shaklee memang dicipta khas untuk membaiki tahap penglihatan.  Ia juga dikenali sebagai vitamin A yang memang super power....



    Insya Allah, ini adalah sebahagian daripada ikhtiar kita untuk memulihkan rabun. 

    Ada apa-apa pertanyaan berkaitan supplement Shaklee, hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.

    Zahiti | 019 7051235

    Selasa, 18 Mac 2014

    SHAKER SHAKLEE

    Assalamualaikum

    Dah beberapa hari nak masukkan entry ni, syukur hari ni dapat juga direalisasikan.

    Bagi yang dah memiliki Shaker Shaklee mesti dah merasai perbezannya berbanding shaker biasa kan.  Mulanya saya pun tak berapa kisah nak memiliki Shaker Shaklee ni memandangkan kat rumah memang dah ada beberapa shaker.  Shaker biasa ada yang tutupnya tak ketat, bancuhan lambat sebati/larut dan tak berapa sesuai bagi saya yang mahukan minuman saya segera tersedia.    Macam-macam cara dah saya buat untuk memastikan bancuhan cepat sebati; letak sudu kecil dalam shaker, guna air suam, guna air sejuk, tapi masih belum menghasilkan minuman sebati yang cepat.

    Bila seorang teman bertanyakan Shaker Shaklee, jadi saya ambil kesempatan untuk beli 5 botol Shaker Shaklee terus.  Harga Shaker Shaklee hanyalah RM10.00.  BPA free lagi. Memang berbaloi bila dah gunakannya.  Minuman cepat disediakan dan tak mudah tumpah sebab tutup shaker ketat.  Hanya goncang, goncang, goncang.

    Shaker Shaklee macam gambar kat bawah ni dan didalam botol turut disertakan spring yang akan membuatkan bancuhan minuman kita ini lebih cepat sebati dan menjimatkan masa.

     Shaker Shaklee....terima kasih kepada pemilik gambar


    Caranya, letak air suam/air sejuk/susu rendah lemah/full cream, sudukan ESP/Milshake + Cinch Shake + milo (atau apa sahaja perisa yang disukai TETAPI bukan air berkarbonat/air panas/air berkafein ye); tutup shaker ketat-ketat dan goncangkannya beberapa ketika.  Sekarang minuman anda dah tersedia.  Selamat menghirup minuman.  Jangan lupa mulakan dengan BISMILLAH dan diakhiri dengan ALHAMDULILLAH.

    Iti | 019 7051235

    Rabu, 12 Mac 2014

    CEKUR MANIS REDAKAN DEMAM

    Cekur manis mempunyai banyak khasiat yang dikategorikan sebagai tumbuhan berpotensi sebagai bahan ubatan.  Sayuran ini juga dikenali sebagai cekup manis biasanya dijadikan bahan tambahan dalam masakan.  Cekurmanis senang didapati terutama di kawasan kampung.

    Ada wanita selepas bersalin yang menggunakannya untuk merangsang penghasilan susu dan pemulihan rahim.

    Air rebusan cekur manis diminum bagi membantu meredakan demam panas, masalah sistem pembuangan air kecil, pening, pitam dan tekanan darah tinggi.

    Daun dan akar direbus dan diminum untuk menangani masalah hidung berdarah dan penyakit paru-paru.


    sumber:  Harian Metro 12 Mac 2014


    Isnin, 10 Mac 2014

    KETAHUI KUANTITI AIR MENCUKUPI DALAM TUBUH

    Assalamualaikum

    Macam mana saya tahu saya dah ambil air masak/air kosong yang mencukupi?  Mudah aje sukatan saya.  Kalau dulu, mula-mula terjebak dalam dunia makan makanan tambahan (supplement), memang susah nak menghabiskan 2 - 3 liter air masak/air kosong sehari.  Sebabnya, tak konsisten dan tak percaya yang kita memang boleh habiskan beberapa liter air sehari.  Semuanya memerlukan latihan, bak kata, practices make perfect. 

    Kalau kita makan satu jenis vitamin / supplement sehari, kuantiti air masak/air kosong yang diperlukan memadai dengan 2 liter.  Kalau berjenis-jenis vitamin, kenalah lebihkan air masak/air kosong tu.  Ini bagi membolehkan tubuh memproses dan menyalurkan manfaat vitamin/supplement yang kita ambil.

    Apa yang saya buat ialah, saya sediakan botol air yang ada sukatan (2 liter) dan 1 cawan 300 ml  (kalau dah habis 2.3 liter tu, saya akan isi semula botol dan cawan tu).  Lepas sarapan pagi, saya ambil Omega Guard minum 1 cawan air.  Lepas 1 jam, saya ambil b complex pula bersama 1 cawan air.  1 jam kemudian, saya tambah pulak vitalea dan 1 cawan air.

    Selepas lunch, saya ambil vitamin c juga bersama 1 cawan air.  Nak tidur saya ambil ostematrix bersama 1 cawan air.  5 kali makan vitamin, jumlah air yang saya ambil ialah 1.5 liter.  Dan untuk mencukupkan 2.5 ~ 3 liter air sehari, saya akan ambil setiap kali lepas buang air kecil, bangun tidur....

    Boleh dikatakan setiap jam saya akan buang air kecil... Sekarang ni, kalau bangun malam dua, tiga kali semata-mata untuk buang air kecil pun saya sanggup.  Dah biasa, pastu sambung tidur semula.  Huhuhu.

    Perhatikan warna air kencing kita, kalau warnanya kuning pekat, itu tandanya badan kurang air.  Jadi, cepat-cepatlah minum air dan cukupkan pengambilan air sebanyak 2 ~ 3 liter sehari walaupun kita tak ambil sebarang makanan tambahan/vitamin/supplement ye.

    Buang air kecil adalah salah satu cara badan kita mengeluarkan toksin.  Kalau toksin disimpan terlalu lama dalam badan, pastinya akan menimbulkan masalah lain pula.  Bila dah sakit, pastinya memerlukan pertolongan orang lain.  Apa kata, sebelum ianya berlaku, kita ambillah langkah berjaga2.  Pastikan jaga pemakanan, pengambilan air masak/air kosong setiap hari mesti mencukupi dan dicadangkan supaya ambillah makanan tambahan yang berasaskan dan diproses dari bahan semula jadi, halal dan diyakini.

    Solat tahajud banyak kelebihannya, antaranya, boleh menghindarkan diri daripada penyakit.  Selain dapat menambahkan pahala, badan juga akan jadi lebih sihat dan cergas bila kita jadikan solat tahajud sebagai amalan.

    Air masak/air kosong, kawan setiaku... Supplement, teman baikku.  Solat-solat sunat, tempat ku mengadu...SUBHANALLAH